Tonton Filem PECAH (2013) Full Movie

on Saturday, 6 July 2013

Tonton Filem Pecah Full Movie secara online - Streaming Movie Online. Filem Pecah (2013). Sinopsis dan Ulasan Filem Pecah oleh Kaki Wayang Rudi - Menarik! Jalan cerita, konflik dan suspens yang dibuat seakan filem barat. Cuma... tetap ada cumanya tu. Cuma visualnya nampak sangat drama televisyen! Masa aksi rompakan di bank tu, angle atau sudut camera macam terlalu terhad. Memang nampak Cerekarama TV swasta sangat! Mungkin budjet tak banyak atau ruang bank tu yang terlalu kecil menyebabkan kurang sudut camera.

Tonton Filem PECAH (2013) Full Movie

Pelakon-pelakonnya dapat memainkan watak-watak mereka dengan menarik dan menjadi kecuali watak-watak tambahan masa Si Bakar tu sakit dada kat rumah orang tua dan watak anak Si Tony tu. Nampak tak berapa natural.



Plot dan jalan cerita Filem PECAH (2013) menarik sebab aku tak baca lagi versi novelnya. Terus sahaja tonton filemnya. Awal-awal memang kita tak perasan yang sebenarnya setiap watak yang wujud itu adalah saling berkait dan kenal antara satu sama lain. Satu plot jalan cerita yang berjaya.

Babak aksi yang mencabar dan hebat ala-ala teknik layar hijau atau CGI? Tak ada, untuk filem ni. Filem ini hanya bermain dengan watak-watak yang wujud sahaja. Tak ada aksi tembak menembak, kejar-mengejar. Yang ada cuma plot-plot helah yang simple.

Rompakan yang dirancangan bukan bertujuan untuk kaya, tetapi hanya untuk membelas dendam. Baki duit rompakan tu pun mereka pulang balik kepada Inspektor yang dipertanggungjawabkan untuk menyiasat kes dia orang. Di hujung cerita barulah segalanya terbongkar.

Kalaulah visual video filem ni lebih nampak kefileman yang kebaratan dan bukan ala-ala drama, aku rasa filem ni pasti lebih menarik. Montaj dia pun simple aje aku rasa. Macam tak ada lagu soundtrack selain lagu instrumental.
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© Korek Tiang | All Rights Reserved
Retro Thesis Themes Mod ByHT-Team